03 Nov 2018,KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan telah memutuskan setiap kakitangan awam beragama Islam berhak mendapat Cuti Tanpa Rekod selama 7 hari bagi melaksanakan ibadah umrah sepajang tempoh perkhdmatan mereka.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam, 2 November.

Beliau berkata, bagi kakitangan awam beragama bukan Islam, mereka berhak mendapat cuti yang sama bagi tujuan keagamaan masing-masing.

Bagi individu yang memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka.

Negara kita mempunyai seramai 1.6 juta penjawat awam (termasuk tentera dan polis0. Dianggarkan kira-kira 70%-80% adalah beragama Islam. -UmrahHaji-

Kongsi artikel ini
Berita Ibadah Umrah: Penjawat Awam Dapat Cuti Tanpa Rekod 7 Hari