6 Febuari 2019,JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji Dan Umrah negara itu, telah mengumumkan statistik terkini Bulan Januari bagi pengeluaran Visa Umrah tahun 2019 ini.

Berdasarkan laporan yang disiarkan di portal berita rasmi negara itu (berbahasa inggeris), Arab News, sejumlah 3,024,272 Visa Umrah telah dikeluarkan kepada jemaah umrah seluruh duni a pada Januari tahun ini.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 2,561,541 jemaah telah pun tiba untuk menunaikan ibadah umrah manakala 399,479 jemaah masih lagi belum pulang, kebanyakannya berada di Mekah.

Statistik pengeluaran Visa Umrah Januari 2019 mencatatkan Malaysia berada ditangga ke-5 teramai iaitu dengan jumlah 142,290 jemaah.

Jumlah tertinggi adalah Pakistan (681,392) , kedua Indonesia (447,450) diikuti dengan India (306,470), Yaman (146,067), Algeria (92,752), Turki (86,925), Mesir (85,438), Bangladesh (53,131) dan Emeriah Arab Bersatu (62,927).

Kedudukan Malaysia pada tangga ke-5 daripada 57 negara Islam dunia, adalah suatu kebanggaan buat umat islam kerana bilangan umat Islam Malaysia hanya mewakili 1.1 peratus sahaja daripada keseluruhan 1.9 billion umat Islam seluruh dunia.

Dalam menunaikan ibadah umrah, Malaysia mampu mengatasi negara-negara Islam lain yang lebih tinggi peratusan umat islamnya seperti Mesir (4.9 peratus), Turki (4.6 peratus), Bangladesh (9.2 peratus) dan China (1.4 peratus)

Maka tidak hairanlah mengapa sejak sekian lama, kerajaan Malaysia mendapat layanan begitu istimewa daripada Kerajaan Arab Saudi sehingga Perdana Menteri Ke-6, Dato Seri Najib Razak telah diberi penghormatan tertinggi oleh Raja Arab Saudi untuk menerima kelambu Kaabah (kiswah) terpakai tahun 2009.

Najib juga turut menerima darjah King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama). Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menerima anugerah itu. -Umrahhaji.com-

Kongsi artikel ini
Berita Visa Umrah: Malaysia Ditangga Ke-5 Teramai Didunia