PENYANYI popular lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita (Nurshazwany Hasrita Hasbullah,27) berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini apabila di saat akhir beliau terpilih menerima Kuota Khas Media yang ditawarkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada wakil media dari seluruh dunia.

Dia akan ditemani oleh rakannya, penyanyi Amira Othman kerana ibu Wany tidak dapat bersama menunaikan ibadah haji itu kerana masih dalam haid. Mereka akan menaiki penerbangan pada 7 Ogos ini, jam 4 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA manakala penerbangan pulang adalah pada 16 Ogos depan.

Menurut Wany, dia akan menaiki penerbangan Kelas Bisnes dan akan menginap di Hotel Clock Royal Tower, Mekah dengan segala kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

“Sebenarnya ia bermula dari seorang penasihat media untuk saya mengisi kuota khas media tersebut. Kebetulan nama saya dicalonkan oleh seseorang yang saya kenali.

“Saya tidak tahu kenapa nama saya disebut olehnya. Mungkin ini adalah rezeki saya.Saya amat bersyukur kerana terpilih menunaikan haji walaupun belum pernah menunaikan umrah dan hanya merancang untuk melaksanakannya pada November ini.” katanya seperti dilaporkan  oleh Mstar.

Wany berkata walaupun dia amat gembira dengan peluang itu namun ia tetap berasa sedih kerana tidak dapat bawa bersama ibunya Norita Jaafar,48.-UH

Kongsi artikel ini
Berita Wany Hasrita Dapat Kuota Khas Tunai Haji