KEPADA waris jemaah haji yang ingin menyambut kepulangan ibu bapa atau saudara mereka dari kalangan jemaah haji yang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1), sila ambil maklum perkara berikut:

1.Jemaah haji akan tiba di KLIA 1 dan akan keluar melalui Balai Ketibaan Domestik di Tingkat 3.

2.Sebaik jemaah keluar dari pesawat, mereka perlu melalui alat pengimbas suhu badan untuk memastikan mereka berada dalam keadaan sihat. Sekiranya suhu badan panas, pihak Kesihatan Tabung Haji akan membuat pemeriksaan teliti.

3.Selepas imbasan suhu badan, jemaah boleh mengambil bagasi mereka ditempat bagasi yang dikhaskan dengan dibantu petugas Tabung Haji agar jemaah tidak tersasar dan menuju ke tempat bagasi yang salah.

4.Selepas selesai mengambil bagasi, jemaah akan diiringi petugas Tabung Haji menuju ke Kaunter Air Zam-zam. Disitu jemaah akan diberikan sebotol (5 liter) air zam-zam percuma. Sila kemukakan Pasport Antarabangsa ketika membuat tuntutan air zam-zam berkenaan.

5.Jemaah boleh bergerak keluar menuju ke Balai Ketibaan Domestik tetapi pastikan bersama troli yang ditolak itu telah cukup segala bagasi, botol air zam-zam, dokumen peribadi dan kerusi roda (jika yang membawa kerusi roda)

Pastikan waris yang menunggu di Balai Ketibaan itu tidak meluangkan masa terlalu lama untuk ‘sesi meraikan ketibaan ibu bapa’ di situ sebaliknya laksanakanlah sesi berkenaan di masjid berhampiran iaitu Masjid KLIA. Langkah itu bagi mengelakkan kesesakan di Balai Ketibaan Domestik kerana jemaah dan waris juga perlu menghormati penumpang KLIA yang lain iaitu dari kalangan bukan jemaah haji.-UH

 

 

 

Kongsi artikel ini
Berita Waris Haji Yang Menyambut Kepulangan: Sila Fahami Prosedur