Arab Saudi Keluarkan Lesen Motosikal Buat Pertama Kali Untuk Wanita

JEDDAH: Dania Akeel dari Arab Saudi bakal menjadi pelumba Arab wanita pertama yang memiliki lesen Speed Bikes Competition selepas membuat permohonan melalui Persatuan Motorsport Arab Saudi (SAMF).

Selepas menerima lesen tersebut, Dania mengumumkan penyertaan pertandingan pertamanya di UAE National SportsBike Super Series yang bakal berlangsung di Dubai Autodrome. Dalam kejohanan itu dia akan menunggang Ducati 899.

“Saya sangat gembira dengan peluang ini dan berterima kasih kepada SAMF kerana memudahkan urusan saya dan memberi sokongan penuh dalam mendapatkan lesen.

RM573 Caj Visa Umrah Tidak Akan Merugikan

SHAH ALAM: Agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah di negara ini, dinasihatkan bersedia dan berfikiran terbuka dalam menerima pelaksanaan e-visa (elektronik visa) oleh Kerajaan Arab Saudi yang bermula bulan ini.

Presiden Persatuan Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ia kerana langkah itu dilihat tidak akan merugikan agensi pelancongan terbabit berikutan umat Islam di negara ini hanya perlu membayar RM573 (bayaran visa umrah dan muassasah), setahun.

“Sebelum ini Kerajaan Arab Saudi mengenakan bayaran RM2,300 kepada jemaah yang ingin mengerjakan umrah berulang kali setiap tahun.

“Tetapi dengan bayaran yang rendah menerusi perlaksanakan visa itu, ia membolehkan rakyat negara ini menikmati kemudahan keluar masuk ke Arab Saudi selama setahun serta boleh tinggal di sana tidak melebihi 90 hari,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Terdahulu, satu taklimat berhubung perkara itu diadakan di Hotel De Palma, Seksyen 19, di sini, yang disertai pengusaha agensi pelancongan dan umrah.

Beliau berkata, pemilihan Malaysia selain Brunei dalam pelaksanaan e-visa itu oleh kerajaan Arab Saudi, merupakan satu keistimewaan yang perlu dihargai.

“Pengusaha syarikat pelancongan membabitkan ibadah umrah ini, perlu melihat perkara ini secara positif dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata memandangkan Kerajaan Arab Saudi hanya memilih dua negara Islam sahaja.

“Kita percaya Malaysia dipilih untuk kemudahan ini berikutan pengurusan operasi umrah kita lebih teratur dan rakyat kita yang berdisiplin serta bersopan santun ketika mengerjakan ibadah itu,” katanya.

Katanya, selain itu rakyat yang memiliki e-visa terbabit, boleh melancong ke mana-mana tempat menarik di Arab Saudi tanpa sebarang sekatan, selain daripada hanya menunaikan ibadah umrah.

Menerusi tawaran e-visa itu juga, ia dapat merancakkan lagi sektor pelancongan negara.

Sebelum ini buat pertama kalinya, Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) mengumumkan melancarkan e-visa itu yang dikeluarkan melalui Konsulat dan Kedutaan Besar Arab Saudi di seluruh dunia.

Pemberian e-visa itu hanya diberikan kepada 49 negara yang mana Malaysia dan Brunei merupakan dua negara Islam sementara selebihnya adalah termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Denmark, Itali, Jerman dan Singapura.- BERNAMA

Arab Saudi Buka Pintu Untuk Pelancongan Selain Umrah

RIYADH: Arab Saudi akan membuka pintu kepada pelancong buat kali pertama dengan memperkenalkan visa baharu.

Perincian visa itu akan diumumkan pada majlis gala di Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di ad-Diriyah, di sini, malam ini.

Arab Saudi dianggap negara sukar dikunjungi bagi pelancong dengan sebelum ini hanya mengeluarkan visa untuk perniagaan dan lawatan keluarga, selain haji serta umrah.

Pengerusi Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi, Putera Ahmad Al-Khateeb, berkata ia bakal menjadi peristiwa bersejarah negaranya.

“Layanan baik dan murah hati menjiwai budaya Arab sehingga kami sangat mengalu-alukan kedatangan tetamu.

“Pelancong akan terkejut dan seronok menyaksikan khazanah yang kami ingin kongsikan.

“Antaranya, lima Tapak Warisan Dunia UNESCO, budaya tempatan yang bertenaga dan keindahan alam semula jadi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, pemilik Norah Farm, Putera Abdullah al-Saud, berkata al-Ula mengalu-alukan kedatangan pelancong asing ke wilayahnya.

“Rakyat Arab Saudi terkenal dengan kerendahan hati dalam menerima tetamu dari luar.

“Selain tarikan sejarah, al-Ula juga menawarkan pengalaman menarik melalui kebun buah-buahan seperti tamar, lemon dan mangga,” katanya kepada delegasi wartawan antarabangsa dan ‘influencer’ media sosial di al-Ula, dekat sini.

Sempena pengenalan visa baharu itu, wartawan luar negara dan ‘influencer’ media sosial turut dibawa ke destinasi pelancongan utama negara ini.

Ia merangkumi tiga tema, iaitu pelancongan budaya, mewah dan kembara.

Visa baharu itu memberi peluang untuk pelancong melawat lima Tapak Warisan Dunia UNESCO, persisiran Laut Merah dan Empty Quarter.

Antaranya, tapak arkeologi terbesar tamadun Nabataean yang terletak di luar Petra, Jordan, iaitu Madain Saleh, Al-Ula.

Selain itu, ibu kota pertama Arab Saudi, at-Turaif, ad-Diriyah dan Jeddah yang bersejarah kerana menjadi pintu masuk ke Makkah.

Pelancongan menjadi segmen penting dalam Wawasan 2030 Arab Saudi untuk meningkatkan pelancong asing dan tempatan hingga 100 juta orang pada 2030.-BH

 

Senarai Pakej Khas Umrah Musim Sejuk 2019

1.Our Deen Travel
2.Sri Sutra Travel
3.Al-Ilmi Travel
4.Tripfez Travel
5.Persada Global Holidays
6.Umrah Almizan
7.Nour Salam Travel
8.Maghfirah Travel
9.Yiros Tours
10.Touch Me Travel
11.Imtiyaz Travel
12.MKM Ticketing Travel
13.SAMA Travel
14.Simply UMH Travel
15.Shahmie Travel
16.Zaharah Travel
17.Harmain Travel Services
18.Madini Travel
19.Mantop Travel
20.Imtiyaz Travel
21.Amazing Umrah
22.Persada Oasis Travel
23.Seroja Anggerik Travel
24.Harmony Excellence Holidays
25.Az Zuha Group Travel
26.Via Vacation & Travel
27.Kopetro Travel
28.In Saff Travel
29.THO Travel
30.Almukminin Travel & Tours
31.RMS Travel
32.Manazel Mashaer Travel
33.Ukhwah Harmoni Travel

11 Oktober bakal penentu harga terbaru umrah

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa pada tahun 1441 Hijrah ini (September 2019) pihak kerajaan Arab Saudi telah membuat keputusan untuk memansuhkan kos Visa Jemaah Berulang sebanyak Saudi Riyal (SR) 2,000 yang dikenakan sebelum ini kepada jemaah umrah yang mengerjakan umrah untuk kali kedua dan berikutnya.

Bagi menggantikan caj visa berkenaan, Kerajaan Arab Saudi telah menggantikannya dengan caj Visa Umrah sebanyak SR 300 (RM350) untuk semua individu dari seluruh dunia yang ingin mengerjakan umrah samada pertama kali atau berulangkali berikutnya.

Sehubungan itu, semua harga pakej umrah dari Malaysia akan mengalami kenaikan harga pakej sekitar RM350 seorang bergantung kepada kadar semasa tukaran matawang asing RM-SR.

Bagaimanapun, kadar muktamad berhubung kadar harga pakej umrah terkini masih bergantung kepada pendirian Kerajaan Malaysia pada pembentangan Bajet 2020 (dijangka berlangsung pada 11 Oktober depan) .

Ini adalah kerana perubahan mekanisma caj visa umrah oleh Kerajaan Arab Saudi itu dijangka mengubah pola perjalanan rakyat Malaysia untuk mengerjakan Umrah :

  1. jumlah hari yang diluangkan untuk seseorang mengerjakan umrah.
  2. kekerapan seseorang melaksanakan umrah berulang.
  3. kadar peruntukan wang yang akan dibelanjakan untuk umrah.
  4. kecenderungan individu mengerjakan umrah secara berkumpulan besar (berkeluarga) atau kecil (sekadar mahram)

Kesemua faktor diatas bakal menjadi pertimbangan Kementerian Kewangan kerana ia membabitkan pengaliran matawang Ringgit (RM) ke luar negara.

Sepertimana pada Bajet 2019 tahun lalu, Kerajaan Malaysia mengumumkan  levi RM8 hingga RM150 kepada setiap penumpang yang berlepas dari lapangan terbang bergantung kepada destinasi negara Asean atau Bukan Asean.-UH

 

 

Kos Umrah 1441H Naik RM350-PAPUH

SHAH ALAM: Rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan ibadah umrah akan dikenakan caj tambahan visa berjumlah RM350 (300 Riyal) susulan bayaran itu diumumkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi, semalam.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata walaupun caj itu dikenakan buat julung kalinya kepada rakyat negara ini berkuat kuasa semalam, ia dilihat tidak terlalu mahal untuk ditanggung bakal jemaah.

“Mana-mana jemaah yang telah membuat tempahan penginapan dan pengangkutan untuk mengerjakan ibadah umrah sebelum 10 September (semalam) untuk pergi selepas tarikh itu, mereka juga dikenakan caj tambahan visa berkenaan.

“Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan untuk memansuhkan caj mengerjakan ibadah umrah secara berulang setiap tahun iaitu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Industri PAPUH, Datuk Helmi Daud dan Setiausaha Kehormatnya, Datuk Jefri Sulaiman.

Razali berkata, susulan keputusan terbaru Kerajaan Arab Saudi itu, mereka juga menyediakan platform khas untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik atau ‘e-visa’ yang mampu siap dalam tempoh kurang 30 minit bagi memudahkan urusan bakal jemaah umrah.

Katanya, statistik yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lalu menunjukkan Malaysia sudah menghantar 274,066 jemaah umrah sejak tahun 2018 hingga kini. – BERNAMA

 

 

Berita