Jemaah Haji Malaysia Lepas Gian Di Atas Bumbung

WALAUPUN terpaksa menanti berpuluh tahun lamanya untuk terpilih menjadi Tetamu Allah mengerjakan haji pada tahun ini, namun ia masih tidak mampu mengikis tabiat buruk yang sudah bersemadi berpuluh tahun dalam diri segelintir jemaah haji Malaysia ketika mencari Haji Mabrur di Tanah Suci ketika ini.

Tabiat merokok yang masih tidak dapat ditinggalkan walaupun sudah nekad untuk mendapat redha Allah dari haji yang mabrur, mendorong jemaah haji kalangan perokok melepaskan gian mereka di bumbung-bumbung hotel penginapan sebagai lokasi paling selamat untuk ‘berasap’.

Sudah mula timbul rungutan dari jemaah haji lain yang tidak selesa dengan tabiat itu kerana ruang bumbung hotel adalah ruang menjemur pakaian yang dibasuh oleh kebanyakan jemaah yang tidak mampu membasuh di perkhidmatan dobi.

Berdasarkan rungutan yang dimaklumkan kepada UmrahHaji.com, masalah itu bukan sahaja menyebabkan bau busuk asap rokok akan melekat pada pakaian yang dijemur, malahan lebih membimbangkan lagi adalah risiko berlaku kebakaran apabila pakaian kering di jemuran terkena pada bara puntung rokok.

Dengan purata suhu 40 darjah celcius dan cuaca panas berangin di atas bumbung hotel tersebut, tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku jika perokok terbabit terus ‘beroperasi’ di bumbung itu.

Selain di bumbung hotel, turut dilaporkan menjadi sasaran perokok adalah kawasan ruang tangga hujung koridor yang mana disitu juga menjadi lokasi menjemur pakaian bagi jemaah yang tidak berdaya mendaki hingga ke bumbung hotel. Antara hotel yang dikatakan menjadi sasaran masalah perokok di bumbung dan tangga ini adalah Hotel Land Premium dan Hotel Abraj Janadriah.

Merokok, sisha dan vape telah difatwakan haram oleh Kerajaan Arab Saudi melalui Majlis Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi  kerana ianya memudaratkan badan dan juga mengakibatkan pembaziran.

Kerajaan Arab Saudi juga telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Bebas Tembakau oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana inisiataif negara itu menguatkuasakan larangan merokok di dua kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah.-UH

 

Jemaah Haji Cenderung Solat Di Hotel Berbanding Masjidil Haram?

MEMANG semua jemaah haji (malahan seluruh umat Islam) sudah sedia maklum bahawa bersolat di Masjidil Haram mampu memberi ganjaran pahala 100,000 kali ganda daripada bersolat di tempat-tempat lain di atas muka bumi Allah ini.

Dengan sebab  itulah, maka seluruh umat Islam yang bertakwa pasti mempunyai azam dan cita-cita untuk menunaikan kewajipan haji atau setidak-tidaknya ibadah umrah.

Bagaimanapun, setelah diizinkan Allah menjadi tetamunya di kota suci Mekah, bersolat di Masjidil Haram bukan lagi suatu fokus utama sesetengah jemaah haji memandangkan ia bukanlah suatu kewajipan atau rukun yang mewajibkan sah solat.

Pelbagai faktor mendorong jemaah haji untuk tidak bersolat berjemaah di Masjidil Haram, diantaranya adalah masalah keuzuran jemaah warga emas yang tidak mampu berulang-alik dari hotel penginapan ke Masjidill Haram.

Ada juga jemaah haji yang terlalu sibuk membeli-belah buah tangan dari Mekah untuk dibawa balik ke Malaysia sehingga mereka terlepas untuk bersolat berjemaah lima waktu di Masjidil haram. Penyudahnya mereka bersolat di bilik hotel sahaja.

Bagaimanapun, ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tawaran pahala 100,000 kali ganda tersebut bukan hanya di Masjidil Haram sahaja tetapi adalah di seluruh Mekah walaupun di bilik hotel asalkan ia masih berada dalam Kota Suci Mekah.

Walau apa pun, kita sentiasa meraikan perbezaan pendapat serta kita sama-sama doakan agar semua jemaah haji memperolehi haji yang mabrur.-UH

Jemaah Haji! Tolonglah Bertimbang Rasa

SEBAIK sahaja jemaah haji tiba di Tanah Suci, ujian pertama Allah SWT kepada para duyufurrahman itu adalah dugaan kesabaran untuk berhadapan rakan sebilik.

Dengan bilangan antara 4 hingga 6 orang sebilik, para jemaah haji perlu redha menerima rakan musafir mereka itu untuk menjadi seperti ahli keluarga sendiri sepanjang 45 hingga 50 hari tinggal dalam satu bilik hotel di Tanah Suci.

Kesabaran adalah tunggak utama dalam mengadapi ujian itu

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka
dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: ayat 10)

Diharap kepada ahli-ahli bilik, tolonglah bertimbang rasa dengan perkara-perkara berikut:

1. Merokok
Kalau semua rakan sebilik itu adalah perokok, silakanlah merokok berjemaah di dalam bilik. Tetapi jika ada walau seorang pun rakan sebilik yang tidak merokok, tolonglah merokok di luar bilik.

2. Aircond
Jika ada ahli bilik yang berkulit tebal (gemuk), tolonglah jangan melaras penghawa dingin hingga ke tahap kesejukan paling maksimum. Simpatilah dengan rakan bilik yang kurang lemak dan tidak tahan kesejukan.Janganlah sampai mereka menghidap selsema dan demam semata-mata ingin memenuhi selera anda membakar lemak.

3. Bilik air
Jika menggunakan bilik air untuk mandi atau berhadas, tolong beringat bahawa ada orang lain yang sedang menanti giliran di luar. Jangan terlalu lama menggunakannya hingga ada rakan lain yang terpaksa mencari tandas di bilik orang lain.

Penting juga untuk diingatkan bahawa,’kita sekarang berada di Tanah Suci’, maka jadilah ‘orang yang suci’ dan bukannya orang yang pengotor. Kencing dan berak di tandas hendaklah dipastikan ia tidak meninggalkan kesan tinggalan najis di mangkuk tandas itu.

Jangan menyangka bahawa kita adalah warga emas yang uzur, kita boleh sesuka hati menjadi ‘pengotor’ di dalam tandas sepertima mana di rumah kita sendiri (kerana ada orang gaji atau anak-anak yang membantu)

4.Sidai pakaian yang dicuci
Ada yang membasuh pakaian termasuk ‘pakaian dalam’ lalu disidai sesuka hati di dalam bilik air sehingga ia menimbulkan bau masam yang meloyakan. Lebih teruk lagi, airnya menitis di atas kepala rakan lain yang ingin menggunakan bilik air.

5.Sembang ‘besar’
Setiap rakan sebilik itu mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada yang dari golongan berada dan ada yang hanya golongan kebanyakan.

Jika anda adalah golongan ‘berada’ atau golongan yang Allah berikan lebih rezeki dunia, janganlah sembang besar terhadap rakan sebilik yang lain. Tak perlulah mengangkat diri anda di hadapan mereka dengan menceritakan anak-anak anda semuanya cemerlang dan banyak duit.

6.Phone call/video call
Bila terlalu teruja (excited) berada di Tanah Suci, memang setiap masa ingin bercakap di telefon samada Panggilan Suara ataupun Panggilan Video. Samada kita yang membuat panggilan mahupun anak-anak di Malaysia yang membuat panggilan kepada kita, pasti nak bergayut.

Tolong beringat bahawa suara bersembang yang kuat itu akan mengganggu ketenteraman rakan sebilik. Bila dalam sesi Video Call, janganlah sampai tersiar visual rakan sebilik yang sedang mendedah aurat.

Ingatlah, sudah beratus tahun lamanya jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci sebelum handphone dicipta. Namun,tiadapun yang bermasalah untuk memenuhi Rukun Haji akibat tidak dapat video call kepada anak-anak.

7.Silaturahim
Anggaplah sesi 45 hari tinggal sebilik itu sebagai satu peluang untuk menambah 5 orang lagi saudara kita yang baharu, bukannya sekadar sebagai rakan sementara waktu. Justeru, suasana menjalani ibadah haji akan lebih tenang dan tiada tekanan mental ‘stress’ .

Tolonglah jangan samakan pengalaman kita menunaikan haji itu adalah serupa dengan situasi kita berpuluh kali mengerjakan umrah sebelum ini. Mengerjakan umrah mungkin kita akan dapat rakan sebilik yang semuanya adaalah ahli keluarga kita.

Jazakallah

Senarai Kedai Kelengkapan Haji Dan Umrah

 
SELANGOR
Butik Haqqi Bangi, B-23-01 Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi Selangor https://www.facebook.com/haqqibangi/
Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah Puchong, 43-2, Jalan BK5A/2 Bandar Kinrara. 47180 Puchong https://www.facebook.com/kedaikelengkapanumrahdanhaji/
Dsarahman Boutique & Tailoring, Bandar Baru Bangi, Selangor. https://www.facebook.com/dsarahmanboutique/
Kedai i-NUR, 1 Jalan Gombak Ria, Taman Gombak Ria, 68100 Batu Caves https://www.facebook.com/tudungnur/
Bin Nurdin, No 17, Jalan N15/N, Seksyen 15 Shah Alam https://www.facebook.com/binnurdinakademi/
Busana Muslim & Muslimah Al Farees, C-1-33 , Jalan Bidara 9, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh https://www.facebook.com/alfarees.collections/
Kedai Hajah Foziah Ibadah Haji & Umrah,Jalan Rebung Utama, 47000 Sungai Buloh https://www.facebook.com/HajahFoziahDarus/
Bintu Yusoff, 15 Jalan Klang Sentral 10/Ku5, Taman Klang Sentral,41050 Meru https://www.youtube.com/watch?v=wSNkoUwuVYQ
Woman Hijab, 82A Jalan D’Alpinia 3,Puchong https://www.facebook.com/womanhijab/
Kedai Haji Umrah, Lot G-05/1, Level G, KIPMall No.1, Jalan Medan Bangi,(Business Park Bangi Golf Resort),Seksyen 6,Bandar Baru Bangi
KUALA LUMPUR
Fitrah Al-Hajj, Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur https://www.facebook.com/fitrahalhajj/
Bin Daud, Wisma Bin Daud (Desa Pandan),No. 31, Tingkat 1, Jalan 1/76, Desa Pandan, Jalan Kampung Pandan,55100 Kuala Lumpur https://www.facebook.com/bindaudsdnbhd/
Butik Al Kauthar Kuala Lumpur, Level 1-01, Tower 2, Wangsa 118 Jalan Wangsa Delima ,53300 Wangsa Maju, K. Lumpur https://www.facebook.com/alkauthar.kl/
Maya SS, No 15, Tingkat 3A, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur https://www.facebook.com/Maya-SS-Boutique-182115545141895/
Jabal Thuur Enterprise,Wisma Prima Peninsula,Jalan Setiawangsa 11, Kuala Lumpur https://www.facebook.com/Jabal-Thuur-Enterprise-347931508722324/
Butik Haqqi TTDI, No 14,Jalan Wan Kadir 4,Taman Tun Dr Ismail,60000 Kuala Lumpur https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
Butik Al-Ajmal, Hadapan Kader Bistro,Lake Field Sungai Besi,57100, Kuala Lumpur https://www.facebook.com/butikalajmal/
Maroz Tailoring Sdn. Bhd. Lot 26 & 27, Wisma Yakin, Jalan Melayu 50100, Kuala Lumpur https://www.facebook.com/marozonline/

Terkini! Jadual Kursus Haji Dan Umrah Di Tempat Anda

Kursus Asas Haji (percuma)
Masjid Bandar Baru Sungai Buloh
Sungai Buloh, Selangor
Masa: Setiap Ahad 9.00-11.00pagi

Kursus Asas Haji (percuma)
Surau An-Nur
Taman Mesra Kupang, Baling
Kedah
Masa: Setiap Jumaat, 9.00-11.00pagi

Kursus Asas Haji (percuma)
Masjid Lama Pekan Baling
Baling,Kedah
Masa: Setiap Sabtu, 9.00-11.00pagi

Kursus Asas Haji (percuma)
Masjid Jamek Kuala Ketil
Baling,Kedah
Masa: Setiap Sabtu, 9.00-11.00pagi

Kursus Haji Bersiri
Masjid Selayang Baru
Selayang Selangor
Masa: Setiap Sabtu, 8.30am-10.30am

Kursus Asas Haji (percuma)
Masjid Bandar Tun Hussin Onn
Kajang Selangor
Masa: Setiap Sabtu, 8.30am-11.00am

Kursus Haji Bersiri
Masjid An-Nur Saujana Utama
Shah Alam Selangor
Masa: Setiap Ahad, 8.30am-11.00am

Kursus Umrah Percuma
(bersama Ustaz Mohd Firdaus Madzlan)
Pejabat Mantop Travel
Bersebelahan TESCO Rawang
Rawang, Selangor
Masa: Setiap Sabtu, 9.00-12.00 tengahari

Kursus Umrah Mingguan Percuma
Faizin Travel and Tours Sdn. Bhd.
Tingkat 2, Jalan BBN 1/2E
Putra Nilai, Negeri Sembilan
(Atas bangunan Bank Islam Nilai)
Masa: Setiap Sabtu 9.00 am – 1.00 pm

Kursus Umrah Percuma
Darul Mubarak Travel & Tour Sdn.Bhd
Tempat:Surau Taman Indah Jaya
Semanggol, Perak
Masa: 9 Feb 2019, 8.00 malam

Kursus Umrah Kontemporari (percuma)
Glocal Travel & Tours
Tempat: Glocal Travel & Tours Sdn Bhd,
43-2, Tingkat 2, Kinrara Niaga 3,
Jalan BK5A/2, Bandar Kinrara,
47180, Puchong, Selangor
Masa: Setiap Sabtu, 2.30 petang

Kursus Umrah Percuma di Klang
Rabbani Travel & Tours
Tempat: Masjid Raudathul Sungai Pinang
Klang, Selangor
Masa: Sabtu, 9 Feb 2019, 8.30 pagi – 12.30 tengahari

Kursus Persediaan Sebagai Mutawwif
Tarikh: 25-27 Februari 2019 di
Tempat: Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
Jalan Templer, Petaling Jaya.
Tel: 03-79649020 (Faizal)

Panduan Umrah dan Haji