Panduan Membeli-belah di Mekah & Madinah

Berdasarkan pengalaman para jemaah haji/umrah serta pelajar Malaysia yang mahir membeli-belah di sekitar Mekah dan Madinah, berikut adalah sedikit tips yang mungkin boleh dijadikan panduan:

  1. Jangan terlalu ghairah untuk berbelanja membeli pelbagai barangan kerana kebanyakannya bukanlah keluaran Arab Saudi sebaliknya tertera Made In China.
  2. Elakkan membeli dengan peniaga tidak berlesen yang kerap melarikan diri sebaik penguatkuasa Arab Saudi tiba. Dibimbangi kita terlibat dengan jual-beli yang syubhah
  3. Sekiranya ada peniaga memulangkan baki wang pada jumlah yang berlebihan, berlakulah jujur dan pulangkan. Mungkin ia satu ujian dari Allah
  4. Peniaga di Mekah dan Madinah amat meraikan pelanggan dari Malaysia kerana orang Malaysia khususnya Melayu amat jarang tawar-menawar atau mempertikaikan harga sesuatu barang.
  5. Hati-hati membeli barangan yang bertimbang khususnya dari peniaga warga asing seperti Bangladesh.Dibimbangi adakalanya timbangan itu tidak mencukupi seperti kadar harga yang pelanggan bayar
  6. Walaupun seronok membeli-belah, jangan sampai tertinggal solat berjamaah 5 waktu di Masjidil Haram kerana ganjarannya jauh lebih tinggi dari nilai barangan ‘shopping’.

-UH

 

Panduan Membeli-belah di Mekah & Madinah