Panduan Penjagaan Kesihatan
- Pakai pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca (sejuk atau panas)
- Tutup mulut dan hidung dengan penutup mulut (mask) atau kain nipis apabila berada di kawasan berdebu.
- Minum air (kosong/air zam-zam) setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan. Minum 2-3 liter sehari khususnya apabila panas.
- Makan makanan yang berzat
- Sentiasa menjaga kebersihan diri
- Berhenti merokok
- Elakkan makan buah-buahan yang bergetah seperti anggur kerana ia boleh menyebabkan batuk
- Jika batuk dan selesema berterusan selama 24 jam jemaah dinasihatkan segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
NASIHAT UNTUK JEMAAH HAJI
Dalam Perjalanan Antara Jeddah / Madinah / Makkah
- Perjalanan di antara Jeddah ke Madinah mengambil masa kira-kira 8-10 jam, manakala Jeddah ke Makkah 2 jam (ketika menaiki bas).
- Jemaah haji dinasihatkan supaya membawa bekalan makanan/minuman yang mencukupi bersama ketika dalam perjalanan bas ini.
- Makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Madinah atau ke Makkah.
- Jika jatuh sakit dalam perjalanan, beritahu pemandu untuk di bawa ke klinik yang berdekatan.
- Pihak waris/sahabat yang ikut sama diminta melaporkan dengan SEGERA kepada Dalil atau Pegawai Muassasah atau Pegawai Tabung Haji atau Klinik Malaysia di Madinah / Makkah JIKA;Terdapat Jemaah haji yang sakit teruk dimasukkan ke Hospital Arab/Pusat Kesihatan atau meninggal dunia dalam perjalanan
Di Madinah
- Jangan dedahkan diri kepada cuaca yang panas atau sejuk begitu lama.
(pilih masa yang sesuai, jika hendak membeli-belah) - Jangan kerap/selalu mandi apabila badan sedang panas.
- Bawa baju tebal (baju sejuk) untuk kegunaan di Madinah kerana cuaca sebelum wukuf adalah sejuk.
- Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal.
- Jagalah kesihatan semasa berada di Madinah. Jika sakit, hubungilah Klinik Malaysia.
- Bagi memudahkan jemaah mendapat rawatan, pihak Lembaga Tabung Haji telah menyediakan klinik zon di salah sebuah bangunan rumah jemaah haji di Madinah. Alamat-alamat klinik zon ini akan diberitahu kepada jemaah haji apabila mereka sampai di Madinah.
Di Mekah
- Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mudah didapati.
- Jangan makan makanan yang sudah disimpan lama dan sudah berbau basi. Makan dalam tempoh 2 jam setelah dibekalkan.
- Jangan makan makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
- Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari. Badan akan kehilangan banyak air kerana keadaan cuaca yang panas dan sentiasa berpeluh
- Kurangkan aktivti yang menggunakan tenaga di dalam cuaca yang panas.
- Jangan dedahkan diri terlalu lama dalam cuaca panas. Ini boleh menyebabkan badan kekurangan air/garam yang boleh membawa kepada kejutan panas (heat stroke) dan membawa maut.
- Lapkan badan dengan tuala basah dan tidak perlu mandi di waktu tengahari.
- Jika sakit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
- Terdapat Klinik Maktab dikediaman jemaah haji. Jemaah akan dimaklumkan oleh Petugas Kebajikan dan Perubatan Tabung Haji lokasi Klinik Perubatan Malaysia.
Di Arafah Dan Mina
- Jemaah Haji dinasihatkan membuat persiapan awal menjaga kesihatan. Pihak Berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan semua Rombongan Perubatan luar negara membuka hospital dan klinik di Arafah dan Mina.
- Pesakit-pesakit yang kritikal dan memerlukan oksigen berterusan dan 1/V Drips akan di bawa dengan ambulans dan bas Nagabah pada 9 Zulhijjah iaitu hanya untuk berwukuf, kemudian dimasukkan ke hospital semula dengan diiringi Petugas Perubatan.
- Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal.
BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN RAWATAN JIKA SAKIT?
- Beritahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah / rakan sebilik atau saudara mara supaya menghantar ke Klinik Maktab/Zon untuk menerima rawatan.
- Panggil doktor ke bilik bagi rawatan kecemasan.
- Pergi ke Klinik Maktab/Zon yang disediakan di tempat penginapan.
- Jika berlaku kecemasan di luar tempat penginapan segera ke Klinik Maktab Malaysia yang berhampiran.
Waktu rawatan di klinik maktab /zon tertakluk kepada pindaan semasa di Tanah Suci.
Rawatan kecemasan – 24 jam
Pagi – 7.00pagi – 12.00 tengahari
Petang – 5.00petang – 10.00 malam
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia