Panduan SIM Kad Arab Saudi

Jemaah haji tidak digalakkan menggunakan talian selular (SIMkad) Malaysia sepanjang berada di Arab Saudi kerana caj yang tinggi untuk panggilan dan akses data. Walaupun ada jemaah haji yang mengaktifkan mode Perayauan Antarabangsa (International Roaming) bagi SIMkad Malaysia yang mereka bawa, namun ia masih tidak berbaloi berbanding membeli satu SIMkad baharu talian selular Arab Saudi.

Bagi jemaah haji yang menyertai Lembaga Tabung Haji, mereka telah dibekalkan dengan SIMkad Mobily sejak dari perlepasan dari Malaysia lagi. Hanya perlu aktifkan sebaik tiba di Madinah atau Mekah, lalu masukkan kredit tambah nilai (topup) yang boleh didapati dari kedai-kedai telekomunikasi Arab Saudi.

Mobily adalah syarikat telekomunikasi milik Arab Saudi yang kerap menyediakan SIMkad percuma kepada jemaah haji setiap tahun. Mobily mempunyai liputan terbaik dengan kelajuan data yang paling pantas di Arab Saudi.

Selain Mobily,antara SIMkad prabayar jenama lain yang boleh digunakan di Arab Saudi adalah ZAIN, STC, Virgin Mobile, Lebara Mobile dan Friend. Secara purata, kadar harga topup bagi data 5GB hingga 10GB adalah RM100-RM150

Bagi yang ingin membuat Video Call, bolehlah menggunakan aplikasi IMO kerana aplikasi Whatsapp Video Call adalah tidak berfungsi di Arab Saudi. Tetapi si penerima panggilan itu, mestilah juga turut memuat turun applikasi IMO tersebut di telefon pintar mereka bagi membolehkan komunikasi Video Call IMO.

-UH

Panduan SIM Kad Arab Saudi