UMRAH secara Do It Yourself (DIY) atau ‘backpacker’ iaitu melaksanakan ibadah umrah secara sendiri tanpa melalui syarikat perlancongan, sudah semakin popular dikalangan pengembara atau pelancong ketika ini kerana terlalu banyak kisah dan panduan yang dikongskan di laman media sosial.

Sememangnya faktior kos yang lebih rendah menjadi tarikan utama untuk individu melaksana umrah secara DIY. Namun kaedah itu tetap mempunyai risiko kepada individu terbabit yang cuba menggunakan pendekatan sebagai perlancong untuk memasuki Arab Saudi.

Prosedur umrah wujud apabila Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan lesen pengendalian umrah kepada syarikat yang diluluskan di Arab Saudi, iaitu mereka dibolehkan menjalin urus niaga dengan agensi pelancongan dari mana-mana negara yang menepati syarat.

Antara syarat dikenakan seperti agensi pelancongan berkenaan mesti ada lesen Pengendalian Pelancongan Luar Negara (Outbound) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Peraturan kepada pengendali umrah di Arab Saudi adalah mereka perlu menyediakan pakej umrah sepenuhnya.

Pakej ini dipasarkan kepada agensi pelancongan di luar Arab Saudi seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura atau negara yang menandatangani perjanjian dengan agensi pengendali umrah di Arab Saudi.

Oleh yang demikian, keseluruhan tanggungjawab serta kebajikan jemaah umrah tersebut adalah di bahu pengendali umrah di Arab Saudi dikenali sebagai internal agent.

Pengendali umrah di negara luar Arab Saudi yang dikenali sebagai external agent menyediakan tiket kapal terbang, mengendalikan tanggungjawab di negara masing-masing seperti memasarkan pakej yang dipersetujui di antara ejen Arab Saudi dan negara berkenaan.

Bagi pengendali umrah internal agent atau external agent, jika melanggar peraturan ditetapkan ini seperti melayani permintaan umrah DIY dan tertangkap, Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan tindakan termasuk sistem umrah mereka akan dihentikan.

Tindakan juga akan diambil terhadap ‘external agent’ yang mengambil alih tugas yang sepatutnya disempurnakan oleh internal agent.-UmrahHaji.Com

Kongsi artikel ini
Panduan Umrah dan Haji Bahaya Melaksanakan Umrah Secara DIY