BERHATI-HATI sebelum anda membeli pakej Umrah Hujung Tahun atau Umrah Cuti Sekolah yang giat dipromosikan oleh kebanyakan syarikat umrah ketika ini. Ini adalah kerana waktu hujung tahun adalah antara waktu puncak musim umrah memerlukan anda mempetimbangkan beberpa faktor terlebih dahulu.

Sebelum anda membuat tempahan pakej syarikat manakah yang akan anda pilih untu Umrah Hujung Tahun anda, pastikan terlebih dahulu anda mempertimbangkan perkara berikut:

  1. Tarikh pakej
    Jika anda berkeluarga dan mempunyai anak yang masih bersekolah, elakkan memlih tarikh  umrah pada penghujung Disember. Ini adalah kerana anda perlu juga mempertimbangkan baki dua minggu terakhir cuti sekolah anak-anak anda bagi menguruskan  persiapan persekolah untuk sesi baharu tahun 2020. Kebiasaannya pada minggu terakhir cuti penggal persekolahan (sekitar 15-31 Disember) adalah waktu urusan yuran sekolah, buku-buku  dan pembelian pakaian seragam. Cuti persekolahan tahun ini bermula 23 November dan berakhir 31 Disember 2019.
  1. Permohonan cuti
    Bagi yang berkerja ‘makan gaji’, pastikan anda menyelaraskan permohonan cuti anda daripada pihak majikan terlebih dahulu untuk memuktamadkan tarikh umrah anda. Anda perlu ambil maklum bahawa musim cuti sekolah hujung tahun adalah waktu popular juga bagi majikan anda bercuti panjang disamping ramai pekerja lain turut memohon cuti. Anda berisiko tidak mendapat cuti pada tarikh pakej umrah anda sekiranya sudah bertembung dengan cuti staf lain yang juga bercuti untuk majlis perahwinan dan sebagainya. Bagi kakitangan awam pula, pastikan anda sudah mendapat kebenaran Ketua Jabatan untuk anda  ke luar negara.
  1. Musim sejuk di Mekah
    Pada hujung tahun adalah jangkamasa proses peralihan musim di Arab Saudi iaitu daripada musim cuaca panas (42 darjah Celcius) ke musim sejuk (minimum  21 darjah Celcius). Oleh itu, anda perlu mengambil kira keperluan anda untuk berhadapan dengan cuaca sejuk seperti kelengkapan pakaian, ubat-ubatan serta makanan . Cuaca sejuk ini juga akan mempengaruhi kekerpan ibadah anda kerana perlu mengarungi udara dingin dan lantai yang sejuk untuk ke Masjidil Haram. Cuaca sejuk sedemikian juga kuat mendorong anda untuk perbanyakkan tidur di hotel berbanding perbanyakkan ibadah waktu malam.
  1. Ramai jemaah umrah
    Waktu hujung tahun adalah disifatkan sebagai ‘peak season’ bagi jemaah umrah seluruh dunia selepas ‘peak season’ pada bulan Ramadhan. Justeru, waktu ini akan lebih berasak-asak di Masjidil Haram dan sekitar Mekah. Kewujudan golongan penipu juga meningkat apabila musim ramai jemaah umrah sebegini . Penipu boleh jadi dari kalangan peniaga, peminta derma, oeminta sedekah mahoun pemandu teksi. Sesungguhnya di Mekah tiada orang kafir tetapai ramai orang munafik.

Kesemua faktor di atas tidak menjadi masalah sekiranya anda memilih pakej Umrah Hujung Tahun bersama Our Deen Travel & Tours kerana syarikat terbabit menyediakan khidmat runding dan bimbingan menyeluruh kepada jemaah umrah pada musim puncak umrah. Bukan sekadar menyediakan kursus umrah malahan Our Deen Travel & Tours turut memberikan bimbingan secara peribadi kepada jemaah berhubung segala permasalahan mereka sebelum mereka berangkat. Ia bagi memastikan ibadah para jemaah sepanjang di Tanah Suci tidak terjejas akibat faktor cuaca sejuk, kesihatan, kesesakan dan sebagainya.

 

Kongsi artikel ini
Panduan Umrah dan Haji Panduan Memilih Umrah Hujung Tahun