OLEH kerana sudah terlalu banyak syarikat perlancomgan yang menawarkan pakej umrah ketika ini, maka wujudlah kesukaran untuk jemaah membuat pilihan pakej dari syarikat yang manakah mampu memberi khidmat terbaik memenuhi citarasa jemaah.

Adakalanya pemilihan berdasarkan faktor harga (paling murah) juga tidak semestinya memberi keputusan yang bijak terhadap pakej umrah terbabit kerana ia mungkin memberi kesukaran kelak ketika anda sedang beribadah di tanah suci.

Anda kena bijak membuat pilihan. Yang paling utama, anda janganlah menganggap proses anda membuat penilaian mencari pakej umrah ini adalah sama seperti anda membuat penilaian untuk mencari pakej percutian ke luar negara.

Secara kebiasaaanya, setiap bakal jemaah banyak merujuk kepada rakan taulan atau saudara mara yang pernah mengerjakan umrah/haji untuk mendengar ,kisah mereka menggunakan khidmat dari syarikat pengendali yang mana satu atau mutawwif yang sebagaimana kualitinya.

Berikut adalah bebrapa tips yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat pilihan pakej mana yang sesuai untuk ibadah umrah anda:

1. Hotel
Jarak hotel dengan Masjidil Haram perlu diambil kira kerana anda akan berulang alik stiap hari untuk beribadah di sana

2.Penerbangan
Secara terus ke Mekah atau Madinah, atau adakah ada persinggahan (transit) dahulu di negara tertentu untuk pertukaran pesawat.

3.Ziarah
Tidak semestinya sekadar menyempurnakan ibadah di Madianh dan Mekah sahaja. Ada pakej yang menawarkan ziarah ke lokasi lain seperti Taif dan sebagainya.

Kongsi artikel ini
Panduan Umrah dan Haji Tips Memilih Pakej Umrah Yang Terbaik