Visa Umrah: Malaysia Ditangga Ke-5 Teramai Didunia

6 Febuari 2019,JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji Dan Umrah negara itu, telah mengumumkan statistik terkini Bulan Januari bagi pengeluaran Visa Umrah tahun 2019 ini.

Berdasarkan laporan yang disiarkan di portal berita rasmi negara itu (berbahasa inggeris), Arab News, sejumlah 3,024,272 Visa Umrah telah dikeluarkan kepada jemaah umrah seluruh duni a pada Januari tahun ini.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 2,561,541 jemaah telah pun tiba untuk menunaikan ibadah umrah manakala 399,479 jemaah masih lagi belum pulang, kebanyakannya berada di Mekah.

Statistik pengeluaran Visa Umrah Januari 2019 mencatatkan Malaysia berada ditangga ke-5 teramai iaitu dengan jumlah 142,290 jemaah.

Jumlah tertinggi adalah Pakistan (681,392) , kedua Indonesia (447,450) diikuti dengan India (306,470), Yaman (146,067), Algeria (92,752), Turki (86,925), Mesir (85,438), Bangladesh (53,131) dan Emeriah Arab Bersatu (62,927).

Kedudukan Malaysia pada tangga ke-5 daripada 57 negara Islam dunia, adalah suatu kebanggaan buat umat islam kerana bilangan umat Islam Malaysia hanya mewakili 1.1 peratus sahaja daripada keseluruhan 1.9 billion umat Islam seluruh dunia.

Dalam menunaikan ibadah umrah, Malaysia mampu mengatasi negara-negara Islam lain yang lebih tinggi peratusan umat islamnya seperti Mesir (4.9 peratus), Turki (4.6 peratus), Bangladesh (9.2 peratus) dan China (1.4 peratus)

Maka tidak hairanlah mengapa sejak sekian lama, kerajaan Malaysia mendapat layanan begitu istimewa daripada Kerajaan Arab Saudi sehingga Perdana Menteri Ke-6, Dato Seri Najib Razak telah diberi penghormatan tertinggi oleh Raja Arab Saudi untuk menerima kelambu Kaabah (kiswah) terpakai tahun 2009.

Najib juga turut menerima darjah King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama). Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menerima anugerah itu. -Umrahhaji.com-

Lesen Khas Umrah (LKU): Kementerian Umum Senarai Terkini 47 Syarikat.

28 Dis 2018, PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah mengumumkan senarai terkini syarikat-syarikat pengendali umrah yang berstatus Muasassah dan Bukan Muasassah bagi musim umrah tahun 1440 Hijrah.

Syarikat mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) Berstatus Muasassah:

1. 5056 AL FAJR TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
2. 6554 AL-ALAMIAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
3. 3454 AL-NILE TOUR & TRAVEL SDN. BHD.
4. 5446 AL-ZAHABI TRAVEL SDN. BHD.
5. 5466 ALTIS HOLIDAYS SDN. BHD.
6. 7822 ALWASAYET TRAVELS & TOURS UMRAH SERVICES SDN. BHD.
7. 2158 AN-NAJWA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
8. 1050 ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
9. 5538 AR-RAUDHAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
10. 6651 ARRAYYAN TRAVEL SERVICES SDN. BHD.
11. 6839 AZ-ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
12. 7275 BAGAN UTAMA HOLIDAYS (M) SDN. BHD.
13. 1056 BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
14. 8288 BUSYRA HOLIDAYS SDN. BHD.
15. 3131 C.S HOLIDAYS SDN. BHD.
16. 5203 ELAF SHAHIDAH TRAVEL SDN. BHD.
17. 6354 FA IZIN INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
18. 1973 FALCON TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
19. 6917 GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
20. 4291 HM GLOBAL CHARTER TRAVEL SDN. BHD
21. 2390 HOUSECOFF TRAVEL & TOURS SDN BHD
22. 7235 HRM TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
23. 4995 IMTIYAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
24. 2666 JAGONG MAS TRAVEL SDN. BHD.
25. 2819 JUARA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
26. 1930 KOP TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
27. 3590 KRS TRAVEL SDN. BHD.
28. 1743 LINTAS TRAVEL SERVICES (M) SDN. BHD.
29. 7078 MAAD TRAVEL (M) SDN. BHD.
30. 7085 MAQBUL TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
31. 7265 MIMM TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
32. 7270 MUMTAZ TRAVEL SDN. BHD. LKU
33. 8097 PDC TRAVELS SDN. BHD. LKU
34. 4375 POTO TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
35. 1814 RAYHAR TRAVELS SDN. BHD.
36. 7690 RAZA HOLIDAYS SDN. BHD.
37. 5150 RED SEA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
38. 5639 REY-Z TRAVEL SERVICES SDN. BHD.
39. 4960 SYAZA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
40. 3720 TRI-D TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
41. 0009 TRIWAYS TRAVEL NETWORK (M) SDN. BHD.
42. 3049 UC TRAVEL SDN. BHD.
43. 4497 UMH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.
44. 3863 UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN. BHD.
45. 0236 WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
46. 3096 YHA TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.
47. 4753 ZAYYAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Syarikat mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) Berstatus Bukan Muasassah:

1. 8190 AD DEENI TRAVEL & TOURS SDN BHD
2. 2956 ADDEEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
3. 7993 AL HARAMAIN GLOBAL TOURS & SERVICES SDN. BHD.
4. 1321 ASTANA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
5. 8223 ISTIQOMAH HOLIDAYS SDN.BHD.
6. 8370 MADINI TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
7. 3811 MAGNA BRIDGE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
8. 6607 MAHABBATEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
9. 8333 MJ SUCCESS TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
10. 6110 SAIDINA TRAVEL & SERVICES SDN BHD
11. 5169 TAREEQ AL JANNAH TRAVEL & EDUCATION SDN. BHD.
12. 7122 TINUKE TRAVEL AND TOUR SDN. BHD.

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa mana-mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.

Ibadah Umrah: Penjawat Awam Dapat Cuti Tanpa Rekod 7 Hari

03 Nov 2018,KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan telah memutuskan setiap kakitangan awam beragama Islam berhak mendapat Cuti Tanpa Rekod selama 7 hari bagi melaksanakan ibadah umrah sepajang tempoh perkhdmatan mereka.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam, 2 November.

Beliau berkata, bagi kakitangan awam beragama bukan Islam, mereka berhak mendapat cuti yang sama bagi tujuan keagamaan masing-masing.

Bagi individu yang memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka.

Negara kita mempunyai seramai 1.6 juta penjawat awam (termasuk tentera dan polis0. Dianggarkan kira-kira 70%-80% adalah beragama Islam. -UmrahHaji-

Tag: umrah